Posts

Hidup Baru

Assalamualaikum Lama dah tak update blog ni huhuhuhu End with the old and in with the new.... Alhamdulillah.. Sekarang sudah melalui hidup berumah tangga bersama suami tercinta. Nama beliau bukanlah nama yang selalu mucul dalam blog ini. Sebab jodoh tu rahsia ALLAH. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Bakal melahirkan cahaya mata pertama tahun hadapan insyaALLAH. Doakan yang terbaik untuk kami. Hihihi Happiness come for those who work for it. Alhamdulillah kepada ALLAH....

Twenty-two series

Image
Assalamualaikum . hihihi . I don't know about you, but I'm feeling 22 LOL . ya, saya sudahpun menjangkau usia 22 tahun hahaha . bertambah usia, tapi akal nie tak matang mcm usia 22 . rasa mcm 19 je lg hikhik . tengok, gambar ini menunjukkan segalanya :D ALLAH menetapkan perjalanan hidup aku sebagai seorang bakal guru yang masih tidak pasti. maybe saya akan jadi usahawan . sebab penempatan terbuka nie kannnn oklah meh masak2 . hari dah nk tengah hari. bosan nooo tngok TV3 drama air mata . hahaha

Realiti Percintaan

Image
Assalamualaikum Warkah buat sang pencinta ^_^ kepada Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan para sahabat . Yang sedang merasi bahang cinta ala ISLAM sebagai cermin yang diharapkan, memantulkan kebahagian yang serupa dalam rumahtangga mereka nanti, ingin saya, sebagai manusia biasa, yang hina lagi berdosa, yang tidak lari dari dosa dan kesilapan, tinggalkan nasihat buat kalian... Andai kalian merasakan hanya senyum dan tawa piawaian kebahagiaan, saya khuatir kalian telah tersasar daripada landasan dalam memaknakan kebahagian sebenar. Kalian Harus tahu bahawa, kehidupan berumahtangga menjadi indah dan berwarna, kerana ia dicorakkan dengan kejutan demi kejutan yang berlaku. Apabila perasaan cinta mula menyapa hatimu,  ianya memang indah dan mengasyikkan, tetapi! Jangan mudah kalah dengan perasaan ini, sebelum kalian benar-benar meneliti dua sisi YANG PERTAMA! Andainya cinta itu semakin mendekatkan dirimu, kepada ketaatan dan menjauhi maksiat yang dimurkai Tuhan,

Kalaulah

Image
Assalamualaikum . Praktikum dah habis, sekarang tinggal nak siapkan beberapa lagi assignment dan menghadapi peperiksaan . susah nak lelap malam nie, tak tahu kenapa,  solat sudah, mengaji sudah. mungkin ALLAH mahu lebih . Mungkin belum cukup ikhlas untuk ALLAH benarkan aku lena dibuai mimpi . Kalaulah. perkataan yang berbisa . boleh buat kita jadi gila boleh buat kita sengsara . kerana perkataan itu berbentuk satu penyesalan yang mungkin tidak boleh kita baiki. kalaulah aku berubah dari dulu lagi... kalaulah aku kaya... kalaulah aku ikut cakap ibu... kalaulahhh kalaulahhh... sadis bukan? kenyataan hidup hendaklah dihadapi. kalaulah itu perlu dalam keadaan di mana kita mahu meperbaiki diri. kalaulah aku berubah... ubah... aku perlu berubahh . alhamdulillah.. sedikit, sebanyak.. aku mulai faham, mengapa aku ditakdirkan menempuh hidup sebegini. aku sendiri yang meletakkan diri aku di mana. dan masih belum terlambat untuk berubah.. tap

Praktikum, praktikum

Image
Assalamualaikum hehehe hari ini sudah hari ke 5 saya berpraktikum, bermkana tinggal lagi 15 hari saya akan berada di sini. Jumaat saya tiada kelas, dan semalam tak sempat nak isi kelas ganti. so hari ini sangat terkontang kanting. ok for the record, praktikum skolah nie je ada 15 orang dan dua org lagi PBS .  fuhh fuhhh . ramai tak ramai? tapi syiokk laaa ramaiii, bleh borak2, bleh tnya mcm2. kita manusia nie perlu belajar dari semasa ke semasa. ahaaaaa semalam dah masuk kelas Tahun 5 Nilam. eh lupa nk mensi, praktikum first nie telah dijalankan SK Alam Damai, Persiaran Bistari, 56000 Kuala Lumpur hehehe. ok2 sambung cerita tadi, masuk kelas 5 nilam, fuh fuhhhhh, kelas first, ingt senang nak kawal, tapiiiiii kenyataannnyyyaaaaaaaaaaaaaa ALLAH saja yang tahu betapa kelang kabutnya aku hahahaha tapi so far ok saja, mayba kena bnyk lagi research pasal bebudak nieh. ok, hari nie duk dekat bilik mesyuarat je, tak tahu nak buat apa. haha nah souvenir dari Hanis

Hada Labo?

Image
Assalamualaikum,  hehehe lama dah tak menyinggah di sini. hari ini saya berjalan bersama ibu dan bapa saya, dan yang paling best, tanpa kehadiran adik-adik lelaki saya, yang sememangnya suka pau duit saya T_T hehehe ok ok . straight to the point lah kan. hari ini saya membeli produk baru untuk kulit wajah saya. orang kata tak elok tukar-tukar nie kan, tapi kita mencari yang terbaik antara yang terbaik.. sebelum nie saya guna produk SimplySiti . range harga yang tak brapa murah dan tak berapa mahal . produk dia yang paling saya gemari adalah BB Cream dia. sekali sapuan di muka dah cukup nak tutup segala bekas-bekas jerawat yang ada. tak berminyak dan tahan selama 6 jam . woowwww . tadi jalan-jalan dekat Watson , abah beli losyen bau macam cokelat. nyum nyum nyum . kita pakai losyen yang sama Abah hehehehe .  Abah punya losyen (kanan) saya punya losyen (kiri) hahaha  ok2 . back to the tittle .  HAda LABO? apakah itu???? haaaaa Hada = Kulit Labo = Makm

Kemas kini folder otak

Image
Assalamualaikum. 2012 bakal melabuhkan tirainya, 2013 akan datang dengan 1001 cabaran baru. Lepas nie akan banyak manusia menyatakan azam2 tahun baru mereka. Dan ada yang bakal kecewa kerana azam 2012 masih belum terlaksana, ada yang bakal gembira segala yang berlaku tidak sia-sia. Aku cuma nak pesan, tidak semua yang kita rancang akan berlaku. Mungkin tuhan nak menguji sejauh mana kita usaha, sejauh mana kita berdoa, sejauh mana kita melangkah. Tuhan Maha Tahu akan sesuatu. kenapa aku guna perkataan 'Tuhan' instead of 'ALLAH' ? sebab tak semua yang baca blog nie orang Islam, dan tak semua nama tuhan ALLAH. DIA ada 99 nama yang indah lagi syahdu. kan? aku manusia biasa dan tidak layak menilai manusia lain kerana diri aku snediri banyak khilaf dan kekurangan. aku tanam dalam diri," satu hari nanti aku akan mati, kau pun akan mati, jadi apalah gunanya membenci, apalah gunanya mencaci, sedangkan kita bernafas udara yang sama, berpijak di bumi