Kalaulah

Assalamualaikum .

Praktikum dah habis, sekarang tinggal nak siapkan beberapa lagi assignment
dan menghadapi peperiksaan .
susah nak lelap malam nie, tak tahu kenapa, 
solat sudah, mengaji sudah. mungkin ALLAH mahu lebih .
Mungkin belum cukup ikhlas untuk ALLAH benarkan aku lena dibuai mimpi .

Kalaulah. perkataan yang berbisa .
boleh buat kita jadi gila
boleh buat kita sengsara .
kerana perkataan itu berbentuk satu penyesalan
yang mungkin tidak boleh kita baiki.

kalaulah aku berubah dari dulu lagi...
kalaulah aku kaya...
kalaulah aku ikut cakap ibu...
kalaulahhh kalaulahhh...
sadis bukan?
kenyataan hidup hendaklah dihadapi.
kalaulah itu perlu dalam keadaan di mana kita mahu meperbaiki diri.
kalaulah aku berubah... ubah... aku perlu berubahh .
alhamdulillah.. sedikit, sebanyak.. aku mulai faham, mengapa aku ditakdirkan
menempuh hidup sebegini.
aku sendiri yang meletakkan diri aku di mana.
dan masih belum terlambat untuk berubah..

tapi satu penyesalan yang boleh aku rasa hingga kini..
adalah kehilangan kau. Muhammad Akmal Bin Sungkanah .
ya . aku berani menyatakan nama kau di sini.
kerana nama inilah yang sering aku sebut dalam doa 
selepas nama ALLAH, Rasulullah, ibu, abah, adik2 .

tapi tidak mengapa,
yang berlalu biarkan ia pergi .
aku tidak pernah menyesali mencintai nama itu..
aku hanya menyesali perbuatan ku selepas itu .
menyesali kehilanganmu..

Ya Rabb, berikan aku kekuatan.
Mengahdapi dugaan.
dan berikan aku kesempatan,
bertaubat, berubah dan .... berjaya menenmpuh hidup dunia
agar aku cemerlang di akhirat sana ,

pesanan buat teman,
agar tidak meletakkan, hatimu pada yang salah.
menanti dan menunggu itu perit,
tetapi kemanisan yang dirasa selepas itu yang kita kejarkan.
menulis doa juga salah satu doa yang boleh kita lakukan
bukan hanya menadah tangan,
maaf dipinta pada yang terkilan.
kalaulah aku diberi peluang sekali lagi.....

^_^
semakin benci dengan 'kalaulah'

wassalam

Aku ingin terbang bebas seperti ini :)

Comments

Popular posts from this blog

Hidup Baru

Gurindam Semantan

Hada Labo?