Posts

Showing posts from May, 2013

Realiti Percintaan

Image
Assalamualaikum Warkah buat sang pencinta ^_^ kepada Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan para sahabat . Yang sedang merasi bahang cinta ala ISLAM sebagai cermin yang diharapkan, memantulkan kebahagian yang serupa dalam rumahtangga mereka nanti, ingin saya, sebagai manusia biasa, yang hina lagi berdosa, yang tidak lari dari dosa dan kesilapan, tinggalkan nasihat buat kalian... Andai kalian merasakan hanya senyum dan tawa piawaian kebahagiaan, saya khuatir kalian telah tersasar daripada landasan dalam memaknakan kebahagian sebenar. Kalian Harus tahu bahawa, kehidupan berumahtangga menjadi indah dan berwarna, kerana ia dicorakkan dengan kejutan demi kejutan yang berlaku. Apabila perasaan cinta mula menyapa hatimu,  ianya memang indah dan mengasyikkan, tetapi! Jangan mudah kalah dengan perasaan ini, sebelum kalian benar-benar meneliti dua sisi YANG PERTAMA! Andainya cinta itu semakin mendekatkan dirimu, kepada ketaatan dan menjauhi maksiat yang dimurkai Tuhan,