Realiti Percintaan

Assalamualaikum

Warkah buat sang pencinta ^_^
kepada Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan para sahabat .

Yang sedang merasi bahang cinta ala ISLAM sebagai cermin yang diharapkan,
memantulkan kebahagian yang serupa dalam rumahtangga mereka nanti,
ingin saya, sebagai manusia biasa, yang hina lagi berdosa,
yang tidak lari dari dosa dan kesilapan,
tinggalkan nasihat buat kalian...

Andai kalian merasakan hanya senyum dan tawa piawaian kebahagiaan,
saya khuatir kalian telah tersasar daripada landasan dalam memaknakan kebahagian sebenar.

Kalian Harus tahu bahawa, kehidupan berumahtangga menjadi indah dan berwarna,
kerana ia dicorakkan dengan kejutan demi kejutan yang berlaku.


Apabila perasaan cinta mula menyapa hatimu, 
ianya memang indah dan mengasyikkan,
tetapi! Jangan mudah kalah dengan perasaan ini,
sebelum kalian benar-benar meneliti dua sisi

YANG PERTAMA!

Andainya cinta itu semakin mendekatkan dirimu,
kepada ketaatan dan menjauhi maksiat yang dimurkai Tuhan,
maka terimalah cinta itu dan jagai ia hingga sampai masa,
untuk kalian menikmatinya secara halal dan terhormat.

YANG KEDUA!

Andainya cinta itu, kian menjarakkan diri kalian,
daripada kemanisan ketika "bersama Tuhan", bahkan jalan-jalan
maksiat lebih mendekat, maka jauhkanlah diri kalian sejauh-jauhnya
daripada cinta itu.

ketahuilah saudara seislamku,

Cinta yang benar, akan lebih menjadikanmu seorang Muslim dan Muslimah
yang lebih malu, indah akhlak dan bertambah ketaqwaan, bukan sebaliknya.
Insafilah, jalan cinta ALLAH tidak menyusahkan, tetapi menyelamatkan.
Selamat di dunia dari kehinaan, selamat di akhirat daripada neraka yang membakar.


*setiap manusia pasti akan melalui fasa kegelapan di mana, 
manusia itu lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya...
oleh sebab itu ALLAH ciptakan Taubat dan penyesalan.
moga kita semua dapat merasakan manisnya Iman ^_^


Perkahwinan itu satu gerbang Ujian yang menentukan,
sama ada kita berjaya mendidik diri atau tidak ^_^

Comments

  1. macam pengalaman diri je.. :)

    ReplyDelete
  2. pengalaman pun ada, nasihat pun ada . ^_^

    ReplyDelete
  3. nasihat yg sgt berguna..hehe

    terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. hehehe sama2 . moga berguna ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hada Labo?

Hidup Baru

Kemas kini folder otak