Gurindam Semantan


GURINDAM SEMANTAN

Adapun Semantan, bumi keramat,
Para pahlawan, menentang kezaliman,
Merdeka Semantan, jadi matlamat,
Watan pusaka, zaman berzaman.

Pantang Melayu, menyerahkan negeri,
Nyawalah taruhan, dan galang ganti,
Biar berlaksa, peluru menghujani,
Watan tercinta, dipertahankan pasti.

Setelah berjuang, sekian lama,
Bumi Semantan, terbela akhirnya,
Walaupun terkorban, jasad dan nyawa,
Demi maruah, demi agama.
  
Tewaslah penjajah, di bumi Semantan,
Kembalilah kuasa, ke tangan peribumi,
Hidup muafakat, membangun watan,
Islam dijunjung, adat disanjungi.

*klu ada silap sila betulkan ehhhhh
Gedik letak gmbr sendiri ngeh ngeh ngeh 

Comments

  1. buat sendiri ke gurindam nie ? hehe

    ReplyDelete
  2. hat ni la dia duk cri haritu..jumpa dah upenye..huhu.cikgu nk bergurindam plak ka skunk..kiki

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hidup Baru

Hada Labo?