Kembali

Kembali,

Ramadhan kali ini kembali
dengan harapan yang meninggi pada Ilahi.
Aku manusia biasa, yang mengharap pada Pencipta yang hakiki.
Kembali, kembali ke kitaran ramdhan yang sama.
pengharapan yang berbeza. manusia yang berbeza.

senyum. ALLAH itu menyediakan jalan kembali .
jalan kembali ke pangkal. Pada-Nya.
ALLAH maha cantik, maha hebat.
perancang terulung, terMulia.

Hari ini hari keenam . 
Semakin bertambah hari, 
semakin singkat masa kita di dunia.
manakah darjat pahala kita ketika ini?
mari kembali, ke masa kita mahu berubah .
ke masa kita belum mengenal perkara yang mengeraskan hati,

SinarNya sentiasa terang . ada dan menghangatkan ^_^


ayuh kembali ke jalanNya.

*moga ALLAH buka hatimu . buka mindamu . buka EGO mu . 
kau sedar sikap itu hanya membinasakan diri kau dan manusia disekeliling kau . tapi kau lebih selesa begitu bukan?
ketahuilah. 
apapun yang menyelesakan kita didunia ini, kebanyakannya memberi binasa di akhirat kelak . sabarlah wahai hati . 

kerana ALLAH itu maha membolak balikkan hati . 

Comments

Popular posts from this blog

Hidup Baru

Gurindam Semantan

Hada Labo?