Syukurilah

Sekali sekala, air mata perlu jatuh.
sekali sekala, hati perlu rapuh.
sekali sekala, jiwa harus luluh.
sekali sekala, diri harus jatuh.

jatuh untuk belajar erti kuat,
rapuh untuh belajar erti teguh,
luluh untuk belajar erti hidup
jatuh lagi untuk belajar bangun.



kerana hidup ini banyak batil dari yang hak,
banyak pedih dari yang selesa,
banyak pahit dari yang manis.

tapi mengapa perlu kita sia-siakan waktu manis,
semata-mata waktu pahit.
kenapa perlu sia-sia rasa selesa,
semata-mata kita rasa pedih.

banyak perkara yang boleh kita lakukan di dunia ini,
tanpa perlu rasa sakit, pedih dan pahit.

berdoa pada-Nya.
Dia maha mendengar rintihan hamba-hambaNya .

Ya . Mata aku yang indah ini, sudah menangis senangisnya.
ya . senyuman aku yang manis ini, sudah berduka sedalam luka.
ya . sayang yang kau rasa, pernah dirobek dibuang disiat.

tapi itu baru sedikit. amanah ALLAH banyak yang kita tak jaga.
solat abai , puasa lupa, nafsu serakah meliar,
tapi kita, masih meminta-minta.
tanpa malu dan rasa hina.
amanah yang banyak kali kita dusta.

bersyukurlah dengan apa yang kau , aku , kita ada,
kerana dunia ini sementara. tua pun ya.
tunggu masa musnah binasa.
moga tuhan maha agung menerima taubat kita.


Comments

Popular posts from this blog

Hidup Baru

Gurindam Semantan

Hada Labo?