Sehelai tudung Usang

Sehelai tudung usang
aku pakai hari ini 
menyambung tugas
sebagai salah satu manusia yang ALLAH kurnia
sebuah nikmat yang digelar nyawa 

sehelai tudung usang
aku pakai hari ini 
untuk menyambung
tugas aurat ku
rapi.

ya
tugasku tidak akan selesai 
sehingga aku menutup mata
sehingga aku dipanggilNya
di mana tidak aku tahu bila

ya Rabb
cemburunya Engkau terhadap cinta lain yang menapak di hatiku
ciptaan Mu yang agung
sehingga hilang ketenangan
hilang harmoni
aku mohon keampunan
kerana aku manusia biasa 
yang mempunyai fitrah sedemikian

Sehelai tudung usang
yang aku pakai.
menjadi saksi di akhirat
bahawa apa yang aku coret hari ini
menenangkan.

Alhamdulillah
Syukran Ya ALLAH .

Comments

Popular posts from this blog

Hidup Baru

Gurindam Semantan

Hada Labo?