Kematian

bila-bila masa ia datang
bersedialah manusia

air mata masih basah
masih belum boleh berhenti
walau bukan ibuku yang pergi
aku tetap merasakan kehilangan
kerana aku membayangkan 
perkara yang sama berlaku pada ibuku



Ya ALLAH , janganlah kau ambil dia
ketika aku lemah , ketika aku tak sedia .
tetapi aku tidak tahu apa yang ada
dalam perancangan Mu .

moga kakak kesayangan ku tabah
tabah ye kak . hanis ada di sini
bila-bila mana akak perlukan hanis .



ya Tuhan , 
sesungguhnya aku bersyukur
kerana tergolong dalam manusia yang diuji
Moga terus-terusan aku diuji
Agar keimananku kepadamu makin bertambah dan menguat .

aminnn .

Comments

Popular posts from this blog

Hidup Baru

Gurindam Semantan

Hada Labo?