. Ayat dan kisah .


"Kadangkala seseorang harus membuatkan awak menangis supaya awak sedar bahawa awak layak mendapat seseorang yang membuatkan awak tersenyum"
(Shafaza Zara, 2011)

Ayat
Hanya dengan ayat.
kata-kata
percakapan
komunikasi
*
**
***
manusia jatuh cinta
manusia jatuh marah
manusia jatuh menyampah
manusia berbunuh
manusia berbaik
manusia berpisah....

ya
keluhan juga satu jenis ayat
malam ini aku mahu bercerita
tentang satu kisah cinta
cinta sejati
yang sering kali
acap kali
kita lupa
______________________________________________________________________________

CINTA ALLAH
(kisah ringkas dari Hanis Ibrahim)

Aminah seorang gadis perawan
Yang sejuk mata memandang
Khairul seorang pemuda 
yang tunggang langgang hidupnya
Safiyah seorang gadis kota
Yang tahu, celik mata makan pakai tersedia
Hassan seorang lelaki sejati
yang teguh Agama dan peribadi

seperti yang kita sedia maklum
"Lelaki yang baik, adalah untuk wanita yang baik; dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"

dan sebaliknya kepada yang tidak baik .
tapi kisah ini rumit. ujian adalah untuk manusia yang disayangi dan dikasihi oleh ALLAH.

Aminah+Khairul

Safiyah+Hassan

apa yang rumit?
hidup ini rumit
Aminah tidak pernah mengeluh dengan sikap Khairul

Hassan sentiasa bersabar menahan kerenah Safiyah

mengapa begini?

Khairul pula tidak pernah mencintai Aminah dan sering membawa masalah
dengan harapan Aminah akan minta cerai
hampir 2 tahun Aminah bertahan sekarang

Safiyah pula keanak-anakkan
sentiasa mahu kehendaknya dipenuhi
walaupun Hassan tidak bermampu menunaikan
hampir 2 tahun juga Hassan bertahan

sehingga satu ketika
ditakdirkan Aminah dan Hassan
menghidap penyakit H1N1 yang menular ketika ini
hampir nazak
nadi lemah
lemah
.
.
.
sebulan mereka ditahan di hospital
dan sebulan itu jugalah
Khairul dan safiyah
terpaksa sendirian hidup di rumah masing-masing
Khairul yang bingung
kerana tiap pagi dia akan terdenagr alunan suci Al-Quran
yang dibaca oleh Aminah
tetapi tidak lagi sejak sebulan yang lalu
dan Safiyah pula yang gelisah
kerana tiap masa ada yang melayannya ibarat permaisuri
yang hanya berjaya dilakukan oleh Hassan

mereka mula belajar sesuatu disitu
dan bertanya kepada diri sendiri 5 soalan

"Adakah aku terlalu kejam dalam membina hubungan bersamanya?"

"Adakah aku benar-benar tidak mencintainya?"

"Adakah aku sesat oleh dunia?"

"Adakah aku hanyut?"

dan

"Adakah aku telah menidakkan takdir-Nya?"

Air hangat mula jatuh ke pipi dan membasahi pakaian Safiyah dan Khairul
Khairul yang menyesali perbuatannya terhadap Aminah
dan
Safiyah yang menyesali tidak belajar hidup susah

dua-dua mula mencari sumber takwa yang baru ditemui
menuju ke pili air
dan mula membasahi anggota wuduk yang diwajibkan
berteleku di atas tikar sejadah 
yang sekian kalinya jarang-jarang disentuh

samar2 dalam berdoa
tiba2 hati mereka rasa sakit
seolah ditusuk jarum halus
sakit yang tiada penjelasan tetapi menenangkan
masing2 berdoa
moga suami ku. ieteri ku , diselamatkan dari malapetaka H1N1

Khairul mula bangun awal subuh dan dedikasi terhadap kerja
Safiyah mula belajar untuk tidak memilih dalam apa jual hal
selama 3 bulan mereka sendiri
akhirnya Aminah dan Hassan kembali ke rahmatullah
akibat imunisasi badan telah kian lemah melawan virus
yang tiada vaksinnya.

hidup Safiyah dan Khairul berubah seluruhnya
*
*
*
*
*

mereka mula bermunajat
sesuatu yang mereka tidak pernah terfikir pun untuk lakukan
mereka berusaha mencari ketenangan

Khairul menerima kunjungan mengejut dari seorang wanita
dari syarikat guaman syariah katanya
bersama seorang pembantu lelaki
peguam tersebut memperkenalkan diri
"Nama saya Siti Fairuz Madihah dan ini pembantu saya Muhd Farizul"
"Saya ke mari bertujuan membacakan amanat dari Puan Aminah binti Hj Yaacob yang bertarikh 25 Julai 2010"

amanat tersebut berbunyi:
"Assalamualaikum. Kepada suamiku Muhammad Kahirul bin Awang , Aminah menulis amanat ini kerana Aminah dapat merasakan bahawa masa Aminah pergi akan sampai tak lama lagi. 
Selama 2 tahun yang bermakna buat Aminah ini, Aminah minta ampun kepada abang
sekiranya Aminah tidak berjaya menjadi isteri idaman dan yang terbaik untuk abang,
Aminah tahu abang sering tukar kerja
kerana itulah abang sering dilanda tekanan di rumah
oleh itu, Aminah telah menyediakan sebuah peluang untuk abang
bekerja di Syarikat abah Aminah sebagai Supervisor .
Walaupun tidak seberapa, Aminah mahu abang belajar bekerja dengan baik
Abah tidak pernah membenci abang
kerana abah percaya Aminah akan mengubah abang menjadi lebih baik.
tetapi janji ALLAH itu pasti, mati itu pasti
Aminah bermimpi semalam, 
3 purnama muncul dalam mimpi
dan maknanya Aminah ada 3 bulan lagi untuk habiskan masa
abang tidak datang menjenguk Aminah.
tidak mengapa. Aminah tahu abang sibuk mencari nafkah.
 Aminah berdoa. Moga ALLAH memberikan abang seorang pengganti
untuk meneman hari-hari abang yang mendatang
yang jauh lebih baik dari aminah.
abang pergilah berjumpa dengan abah.
InsyaAllah, abah menerima abang dengan tangan terbuka.
sekian dari isterimu, Aminah...

dalam hati khairul
"Ya ALLAH . Ampunkan aku . 
Ampunkan aku kerana tidak mensyukuri pemberian Mu yang maha hebat ini.
aku telahpun kehilangannya ya ALLAH .
penyesalan ku kini tidak berguna kerana dia pergi untuk selamanya.
maka, aku berdoa, agak Engkau memberi aku kekuatan dan ketabahan
menghadapi hari-hari yang mendatang.

*******************

Safiyah masih tidak dapat menerima hakikat 
bahawa suaminya, Hassan, telah pergi untuk selamanya...
hadirnya ayah dan bonda menemani hari-hari Safiyah yang lemah
mereka menjadi kekuatan Safiyah selepas kematian suaminya
mula bekerja dengan bersungguh-sungguh
ibu bapanya gembira dengan perubahan Safiyah dan berdoa agak ianya kekal dan bertambah baik mengikut masa.
semasa sibuk mengemas rumah setelah pulang dari kerja,
Safiyah menemui sebuah kotak merah jambu
di balik baju suaminya yang tidak pernah dia peduli untuk menerjah
dibuka perlahan-lahan
dan menemui sekeping nota kecil dalam kotak yang besar
Safiah pelik, kosong kotak itu, 
kenapa diletak di dalam almari baju?
nota yang kecil itu dibaca teliti
"Untuk isteriku yang tercinta"
Kalau dah jumpa kotak ini, maknanya abang sudah berjaya mengubah sayang menjadi rajin sedikit"
.tertawa Safiayh membaca dan menyambung bacaan.
"Lepas ini abang mahu sayang pergi bilik tidur tetamu"

terhenti di situ. Safiyah tertanya-tanya.
dia meluru ke arah bilik tidur tetamu.
sebuah bilik yang tidak pernah dia jengah walau sekelumit.
ada apa ya dalam bilik itu?
Safiah perlahan-lahan membuka pintu.
terlihat satu kotak lagi.
berwarna merah hati
juga berbentuk hati.
perlahan-lahan juga Safiah membuka kotak itu.
terlihat gambar Safiah ketika kecil.
Safiah menjadi lebih bingung.
dia meletakkan semula gambar itu.
tiba-tiba Safiyah terlihat ada tulisan dibelakang gambar itu.
berbunyi
"Abang dapat gambar ini masa sayang outstation dengan mommy sayang"
tengok bawah katil
ikhlas dari Abang.

Safiayh meraba-raba bawah katil.
dia menyentuh satu objek
objek yang amat dikenalinya.
dia tarik objek itu keluar.
Terkejut dan terharu Safiyah mendapati bahawa objek itu adalah kotak muzik
hadiah ibunya semasa dia berusia 6 tahun seperti dalam gambar
hilang semasa berpindah rumah
....
menitis air mata Safiyah
lantas dia berdoa sendiri
"Ya ALLAH, aku tidak mentaati suamiku dengan menyakiti hatinya
Ampunkan aku ya ALLAH, semoga suamiku mengampunkanku
...........

Ditakdirkan selepas setahun Hassan dan Aminah pergi
Khairul dan Safiyah berjaya menjalani kehidupan seperti biasa.
Kehidupan yang lebih baik
lebih bermakna.
ALLAH maha kaya.
Mereka dipertemukan. Tertarik dengan Safiyah.
kerana personalitinya seakan-akan Aminah
Dan tertarik dengan Khairul
kerana karisma yang tinggi
mereka tahu.
Mendiang pasangan mereka tiada tolok banding.
ALLAH maha berkuasa. Cinta berputik di hati mereka.
dan mendirikan rumah tangga.
mereka bahagia
hanya dengan usaha , munajat dan CINTA .
______________________________________________________________

ringkas penghabisnya bukan
seringkas hidup manusia.
tapi hidup manusia tidak mudah.
jangan mudahkan sesuatu perkara
tetapi berusaha membuatnya semudah yang boleh
Cinta ALLAH menenangkan .
Cinta ALLAH menghiburkan
Cinta ALLAH adalah sentiasa untuk hamba-hambanya.
manusia datang dan pergi dalam hidup manusia
tetapi ALLAH . dimana mana sahaja kita perlukan Dia.
Dia pasti ada.
itulah Cinta ALLAH .
Raihlah CINTA ALLAH .
cinta sejati 
^_^

p/s* When the one is the one, they will only the one you can see .
when that time comes, rush your life into theirs .
life is short . appreciate each and every moment .
eat . pray . love  

Comments

  1. yup.. menarik cerita awak ni.. wanita yang baik untuk lelaki yang baik.. sesungguhnya Allah tu maha adil.. pasti aka hikmah semuanya yang telah dia tetapkan.. bersabar dgn segala ujian-Nya.. insya-allah kita pasti ketemui kemanisan di hujungnya... =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hidup Baru

Gurindam Semantan

Hada Labo?