GURINDAM SEMANTAN Adapun Semantan, bumi keramat, Para pahlawan, menentang kezaliman, Merdeka Semantan, jadi matlamat, Watan pusaka, zaman berzaman. Pantang Melayu, menyerahkan negeri, Nyawalah taruhan, dan galang ganti, Biar berlaksa, peluru menghujani, Watan tercinta, dipertahankan pasti. Setelah berjuang, sekian lama, Bumi Semantan, terbela akhirnya, Walaupun terkorban, jasad dan nyawa, Demi maruah, demi agama. Tewaslah penjajah, di bumi Semantan, Kembalilah kuasa, ke tangan peribumi, Hidup muafakat, membangun watan, Islam dijunjung, adat disanjungi. *klu ada silap sila betulkan ehhhhh Gedik letak gmbr sendiri ngeh ngeh ngeh
Comments
Post a Comment